Saturday, May 11, 2019

HIMPUNAN KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD KE- 21





STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir
·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
·       Pelajar 3 :  jawab soalan
·       Pelajar 4 : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle
-  Cari pasangan
-  Bentuk dua bulatan,satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
-  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
-  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
-  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
-  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
-  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine
·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat  
        apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) 
  Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1
·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different
·     2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari 
      mereka
·     Kemudian mereka bandingkan jawapan
·     Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin
·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin
·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table
·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas 
        yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table
·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table
· Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
· Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat  
  menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think
·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab,  
        membetulkan dan memuji

11 Talking Chips
·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12. Jigsaw Problem Solving
·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem
·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share
·       Ahli pasukan berdiri
·       Guru/rakan lain memberi soalan
·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain

16. Find the Fib/Guess the Fib
·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau 
        benar. Satu lagi adalah salah
·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups
·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formations
·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane
·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown
·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

21.  Lyrical Lessons
·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share
·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
·       Kemudian tukar peranan

23. Stir- the- Class
·       Pasukan duduk dalam bulatan
·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya

24. Team Word-Web
·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan 
        idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport
·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group
·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share
·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29. Roam the Room
·    Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
·    Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari 
     rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour
·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri 
        komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay
·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review
·       Pasukan bincang topic
·       Buat carta/pengurusan grafik
·     Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan 
        itu
·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn
·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols
·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

35. Team Statements
·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?
·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.
·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada 
        rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share
·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat 
        ‘initial” mereka
·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut 
        tentang ideanya

38. Traveling File
·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam 
        fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
·     Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan  
      dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview
·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama
        tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project
·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers),  
        logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines
·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian 
        seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, 
        bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

42.  Find-Someone-Who
·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, 
       makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya 
       daripada rakan sekelasnya yang tahu

43. Rotating Review
·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat 
        pasukan masing-masing
·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan
·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan 
        warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview
·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan
·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
        Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
·     Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang 
      lain

45.  Two-Box Induction
·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
·       Fasilitator beri ransangan
·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan 
        dibuat untuk menerima konsep tersebut

                                                                                                                                                          https://www.pendidik2u.my

No comments:

Post a Comment